Jangan malu-malu, luahkan imaginasi anda kerana mungkin andalah ‘J.K. Rowling’ Malaysia yang dicari-cari.
Tahun ini, Sayap Tulis Publishing akan menerbitkan
novel bersiri ‘Kisah-Kisah Fantasi dari
Dunia Tanarebt’ dan kini kami sedang mencari penulis-penulis muda berbakat
untuk diketengahkan dalam projek khas ini.
Dunia Tanarebt? Apa
tu?
·
Tanarebt adalah sebuah dunia baru yang
menjadi latarbelakang kepada kisah pengembaraan hebat Ryde dan rakan-rakan
dalam novel SAYAP-SAYAP TANAREBT:
MENJEJAK SANG PENAKLUK DARATAN.
·
Anda perlulah menggunakan lokasi seperti
Lembangan Anyaman Teratai, Kota Tiga Jangkang, Hutan Mengkuang, dasar
lautan atau lain-lain lokasi yang sedia ada dalam novel sebagai latar
penceritaan anda.
Siapa watak-wataknya?
·
Anda dikehendaki mencipta watak utama baru yang bersesuaian
dengan Dunia Tanarebt dalam penceritaan anda.
·
Watak-watak sedia ada dalam novel
seperti Ryde, Chateya, Wae dan Ledto
hanya boleh muncul sebagai watak ‘cameo’.
Apa yang dimaksudkan
dengan ‘Pembaca Junior’?
·
Pembaca Junior ataupun ‘Junior Reader’
adalah kategori pembaca novel yang berumur dalam lingkungan 10 ke 14 tahun.
·
Isi dan gaya penceritaan anda perlulah
bersesuaian dengan kategori pembaca ini.
·
Contoh terdekat novel yang sudah ada di
pasaran dalam kategori sasaran pembaca yang sama ialah Mr. Midnight.
Tips untuk menghasilkan karya yang baik!
Anda perlu membaca novel SAYAP-SAYAP TANAREBT: MENJEJAK SANG PENAKLUK DARATAN terlebih dahulu untuk mendapatkan gambaran yang lebih tepat tentang ciri-ciri istimewa Dunia Tanarebt. Pemahaman yang jelas akan membantu anda untuk menghasilkan karya yang tepat, baik dan bermutu.
Panduan
& Syarat-Syarat Pertandingan
1. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua pelajar
sekolah di Malaysia.
2.
Sayap Tulis Publishing (STP) adalah
pemegang hakcipta setiap karangan yang dihantar namun sekiranya ia diterbitkan,
hak-hak Penulis seperti pembayaran royalti akan tetap terpelihara.
3.
Jalan cerita hendaklah asli.
Sebarang bentuk plagiarism boleh menyebabkan penyertaan anda dibatalkan.
4.
Format penceritaan adalah BEBAS
asalkan sahaja penggunaan bahasa dan jalan ceritanya bersesuaian dengan sasaran
pembaca yang ditetapkan iaitu pembaca junior (Junior Readers).
5.
Setiap karangan mestilah mengandungi
antara 7000 hingga 10,000 patah
perkataan dan dikarang menggunakan Bahasa
Melayu.
6.
Karangan perlulah dihantar dalam
format elektronik PDF ke alamat e-mel sayaptulis@gmail.com
7.
Setiap penyertaan hendaklah
disertakan dengan mukasurat depan yang mengandungi maklumat seperti Tajuk
Karya, Nama Penuh Penulis, Alamat Rumah, Alamat E-mel, No. Telefon, Tahun/Tingkatan,
Nama Sekolah, Alamat Sekolah dan No. Telefon Sekolah.
8.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31
Julai 2013 27 Disember 2013.
9.
Keputusan pengadil adalah muktamad.
10.
HADIAH berupa WANG TUNAI & KONTRAK PENERBITAN BUKU
(Jika menepati kualiti penerbitan STP)
menanti pemenang-pemenang tempat Pertama,
Kedua & Ketiga. Sila layari laman web di bawah untuk maklumat
terperinci.
11.
Keputusan akhir dalam penerbitan
karya pemenang adalah hak milik mutlak Sayap Tulis Publishing.
Tempat PERTAMA
RM350 Tunai & Kontrak Penerbitan Buku Bersama STP
Tempat KEDUA
RM250 Tunai & Kontrak Penerbitan Buku Bersama STP
Tempat KETIGA
RM150 Tunai & Kontrak Penerbitan Buku Bersama STP
Hadiah-hadiah tambahan akan dikemaskini dari masa ke semasa, sekiranya ada...
Untuk klausa Kontrak Penerbitan Buku Bersama STP, sila rujuk Syarat-Syarat di atas.
Untuk klausa Kontrak Penerbitan Buku Bersama STP, sila rujuk Syarat-Syarat di atas.
INFORMASI UNTUK SEKOLAH
- Poster dan informasi pertandingan telah pun dipos ke sekolah-sekolah seluruh Malaysia (dialamatkan kepada Guru Penyelaras Pusat Sumber) namun sekiranya sekolah Tuan/Puan masih belum menerimanya, sila maklumkan pihak kami.
- Sekiranya pihak sekolah berminat untuk menganjurkan sebarang aktiviti berkaitan dengan novel ini seperti Sesi Bersama Penulis, sila hubungi STP di alamat e-mel sayaptulis@gmail.com atau nombor telefon 013-3949787 / 016-2200794.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila tinggalkan dalam ruangan Post a Comment di bawah.
Setakat ni ada brapa novel sayap - sayap Tanarebt kesemuanya?
ReplyDeleteHi Daniel,
DeleteSayap-Sayap Tanarebt adalah novel bersiri. Setakat ini, baru tajuk pertama yang sudah diterbitkan - Menjejak Sang Penakluk Daratan. Sambungannya - Bayu Sakti Terelok - akan diterbitkan tahun ini juga, InSyaAllah...
Daniel dah baca novel ni?
Belum lagi. Tapi dalam planning nk baca dan ikut pertandingan nie.. hehe
DeleteOkay, baca dulu, masukkan diri dalam cerita tu & cipta watak-watak yang Daniel rasa sesuai untuk dunia Tanarebt... Lepaskan imaginasi Daniel :)
DeleteSelamat membaca & selamat berkarya!
saya suka dunia imaginasi. tp saya tak faham tentang pertandingan menulis ni? sbenarnya kita kena buat cerita baru bdasarkan kreativiti sndiri atau kena sambung cerita sayap2 tanahrebt tu?.
ReplyDeleteYang Merindui-Nya... :)
DeleteUntuk menjawab soalan adik - Ya, kena buat cerita baru. BUKAN sambungan kepada cerita Sayap2 Tanarebt tu...
Dalam cerita baru tu, adik dikehendaki menggunakan latar belakang yang sudah sedia ada dalam novel...
Contohnya: Cerita tentang Lima Sekawan yang hidup di Kota Tiga Jangkang.
Lima Sekawan tu adalah watak-watak baru yang adik cipta & Kota Tiga Jangkang adalah nama tempat yang sedia ada dalam novel...
:) Harap menjawab soalan adik...
Apa maksud watak baru? adakah ia bermaksud kaum baru? Boleh x saya gunakan watak sampingan seperti Tok Nabao sebagai watak cameo?
ReplyDeleteHi Aiman,
DeleteWatak baru boleh jadi daripada kaum sedia ada ATAUPUN kaum baru. Tak kisah, asalkan bersesuaian dengan Dunia Tanarebt...
Sesiapa pun boleh jadi watak cameo... Tok Nabao ke... Reisa Malewar ke... Pegawai Bo-Anc ke... semua pun boleh :)
Terima kasih kerana bertanya!
dah siap tp blum taip
DeleteBagus, tak sabar nak baca :)
Deletehai..nak tanya...novel tu kena guna latar yang dah sedia adakan...kalau tambah kaum baru dan latar tempat baru boleh ke ?
ReplyDeleteHai Qutreen...
DeleteKalau si X berasal dari Kota Tiga Jangkang pergi ke sebuah tempat baru dan berjumpa kaum baru - BOLEH DITERIMA.
Kalau keseluruhan cerita berkenaan kaum baru di tempat yang baru, tidak disebut langsung dalam novel - TIDAK BOLEH DITERIMA.
Harap ini dapat membantu :)
terima kasih...
Deletenak tanya lagi... dalam novel tu nak kena letak nama tempat, watak dan sebutan tak?
Tak perlu letak, tidak termasuk dalam syarat pertandingan... Tapi kalau rasa nak letak, apa salahnya :)
DeleteBnyk x penyertaan setakat ni?
ReplyDeleteblh x htr format ms word?
ReplyDeleteBoleh saja, Aiman :) Asalkan kami boleh baca...
DeleteSelamat hari raya..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteboleh anjakkan tarikh tutup pertandingan ini???? kerana.....i baru saja tahu tentang pertandingan ini.... i ada suatu idea yang baik untuk menulis novel sayap- sayap tanarebt....so,...i...perlukan masa yang panjang......
ReplyDeleteNavieen... Tarikh tutp telah pun dilanjutkan sehingga ke akhir tahun.
DeleteTak apa... Navien boleh mula mengarang dan sekiranya tidak dapat disiapkan sebelum tarikh akhir, hubungi kami.
salam, memang terbuka pada pelajar sekolah sahaja ke? pelajar U tak leh ikut serta ??
ReplyDeleteNurhanis, minta maaf... Pertandingan ini khusus untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.
DeleteTapi kalau Nurhanis berminat untuk menulis, boleh hantar 3 bab pertama kepada kami untuk penilaian. Sekiranya bagus, kami tetap akan terbitkan hasil karya Nurhanis walaupun bukan melalui pertandingan.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya sudah e-mel manuskrip saya. Maaf lama menunggu. Saya sibuk dengan PMR.
ReplyDeleteAda dpt x?
DeleteBila keputusan diumumkan?
ReplyDelete