PERTANDINGAN SAYAP SENI PENULIS MUDA - Peraduan Mengarang Cerita Berdasarkan Watak Garlud & Garlid (TAMAT)

PERTANDINGAN INI TELAH BERAKHIR
Pemenang Akan Diumumkan Sebelum April 2013
Terima kasih atas penyertaan anda!


Sila rujuk page Pertandingan Sayap Seni Penulis Muda 2 untuk maklumat pertandingan terkini... 



TARIKH TUTUP  DILANJUTKAN
Ahad, 13 Januari 2013

PENGENALAN WATAK
Garlud dan Garlid adalah nama dua watak sampingan dalam novel pengembaraan fantasi SAYAP-SAYAP TANAREBT: MENJEJAK SANG PENAKLUK DARATANMereka merupakan sepasang adik-beradik berusia 5 dan 6 tahun yang hidup di Lembangan Anyaman Teratai, sebuah dunia terasing yang dihuni oleh manusia-manusia bersayap dan terletak di tengah-tengah lautan yang tidak bertepi.

TIPS-TIPS KARYA YANG BAIK
  • Pembangunan watak Garlud dan Garlid yang meyakinkan, dibantu pemahaman yang mendalam tentang watak-watak di sekelilingnya, berlatarbelakangkan ciri-ciri dunia lembangan yang tepat, adalah kunci utama untuk menghasilkan karya yang baik dan bermutu.
  • Untuk lebih memahami pembaca dan mengenali jenis karya yang sesuai dengan pembaca sasaran, sila perhatikan buku-buku yang dipamerkan di bahagian Junior Readers di kedai-kedai buku MPH... 


PANDUAN & SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
  1. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua pelajar sekolah di Malaysia.
  2. Sayap Tulis Publishing adalah pemegang hakcipta setiap karangan yang dihantar namun sekiranya ia diterbitkan, hak-hak Penulis akan tetap terpelihara.
  3. Jalan cerita hendaklah asli. Sebarang bentuk plagiarism boleh menyebabkan penyertaan anda dibatalkan.
  4. Format penceritaan adalah BEBAS asalkan sahaja penggunaan bahasa dan jalan ceritanya bersesuaian dengan sasaran pembaca yang ditetapkan iaitu pembaca kanak-kanak (Junior Readers).
  5. Setiap karangan mestilah mengandungi antara 9500 hingga 10500 patah perkataan dan dikarang menggunakan Bahasa Melayu.
  6. Karangan perlulah dihantar dalam format elektronik PDF ke alamat e-mel sayaptulis@gmail.com
  7. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan mukasurat depan yang mengandungi maklumat seperti Tajuk Karya, Nama Penuh Penulis, Alamat Rumah, Alamat E-mel, No. Telefon, Tahun/Tingkatan, Nama Sekolah, Alamat Sekolah dan No. Telefon Sekolah.
  8. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Disember 2012.
  9. Keputusan pengadil adalah muktamad.
  10. HADIAH berupa WANG TUNAI & KONTRAK PENERBITAN BUKU menanti pemenang-pemenang tempat Pertama, Kedua & Ketiga (akan dikemaskini dari masa ke semasa).
  11. Keputusan akhir dalam penerbitan karya pemenang adalah hak milik mutlak Sayap Tulis Publishing (STP).


HADIAH YANG MENANTI ANDA

Tempat PERTAMA
RM300 Tunai & Kontrak Penerbitan Buku Bersama STP

Tempat KEDUA
RM200 Tunai & Kontrak Penerbitan Buku Bersama STP

Tempat KETIGA
RM100 Tunai & Kontrak Penerbitan Buku Bersama STP

(Hadiah-hadiah tambahan akan dikemaskini dari masa ke semasa...)



INFORMASI UNTUK SEKOLAH
  • Poster dan surat jemputan telah pun dipos ke sekolah-sekolah seluruh Malaysia (dialamatkan kepada Guru Penyelaras Pusat Sumber) namun sekiranya sekolah Tuan/Puan masih belum menerimanya, sila maklumkan pihak kami.
  • Sekiranya poster yang anda terima telah pun rosak teruk, sila maklumkan kami. Poster yang baru akan dihantar segera ke sekolah anda.  
  • Sekiranya pihak sekolah berminat untuk menganjurkan sebarang aktiviti berkaitan dengan novel ini seperti Sesi Bersama Penulis ataupun bengkel SAYAP UPSR / SAYAP PMR / SAYAP SPM (bengkel motivasi), sila hubungi STP di alamat e-mel sayaptulis@gmail.com atau nombor telefon 013-3949787 / 016-2200794.  


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila tinggalkan dalam ruangan Post a Comment di bawah.

46 comments:

  1. Ada spesifikasi peraturan lain seperti penggunaan font, saiz kertas dan lain-lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SNN95... Tiada sebarang syarat fizikal yang lain kerana penghantaran manuskrip anda adalah melalui e-mel (dalam format PDF). Walau apa pun font yang anda gunakan, asalkan jumlah perkataannya antara 9500-10500, karya anda layak untuk diadili :) Selamat berkarya...

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Charmaine, dah baca novel ni? Watak yang mana Charmaine paling suka :)

      Ok, untuk menjawab soalan Charmaine - tiada sebarang batasan dalam berfantasi. Charmaine boleh letakkan apa sahaja dalam cerita Charmaine, asalkan watak utamanya adalah Garlud & Garlid serta latarbelakangnya adalah Lembangan Anyaman Teratai ataupun dunia Tanarebt tu sendiri.

      Cerita tak semestinya ada kaitan dengan Ryde & rakan-rakan. Charmaine boleh hasilkan karya macam Diary of a Wimpy Kid ATAU Mr. Midnight ATAU Nancy Drew...

      Tak perlu letakkan halangan pada fantasi Charmaine, okay :)

      Selamat mengarang!

      Delete
    2. Sorry Chairmaine, I have accidentally deleted your comment/question for this reply... There's nothing wrong with it :)

      Ini komen Charmaine...

      "Cerita mesti logic kah?"

      Delete
  3. adakah watak utama garlud dan garlid?? tapi dalam pengenalan watak mengatakan bahawa garlud dan garlid adalah watak sampingan, mana satu yg benar??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Charmaine...

      Dalam siri novel SAYAP-SAYAP TANAREBT, watak utamanya adalah Ryde dan rakan-rakan. Garlud & Garlid hanya muncul satu babak sahaja dalam novel ini. Menjejak Sang Penakluk Daratan adalah tajuk pertama dalam siri ini, akan ada 2 atau 3 tajuk lagi selepas ini di bawah siri Sayap-Sayap Tanarebt yang akan dihasilkan oleh penulis sendiri. Macam siri Harry Potter la - ada 7 tajuk novel kesemuanya.

      Pertandingan ini adalah untuk mencipta siri novel yang baru dan berbeza - siri Garlud & Garlid - khas untuk bacaan junior readers. Dalam siri novel ini, Garlud dan Garlid adalah watak utamanya... Jadi cerita yang dikarang hendaklah berkenaan mereka dan berlatarbelakangkan dunia Lembangan Anyaman Teratai.

      Harap-harapnya penerangan ini jelas tapi kalau masih keliru lagi, jangan malu-malu untuk bertanya :) Okay...

      Delete
  4. bolehkah kalau dalam cerita sya garlud dan garlid itu bukan watak utamanya,mereka hanya membantu watak utama itu..dan watak utamanya ialah watak idea sya sendiri..bolehkah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Charmaine,

      Siri novel baru yang hendak dilahirkan melalui pertandingan ini adalah siri Garlud & Garlid... jadi watak utamanya perlulah Garlud & Garlid.

      Tapi sekiranya anda punya idea lain yang dicipta berdasarkan dunia dalam novel Sayap-Sayap Tanarebt ini, anda boleh kemukakan untuk kami pertimbangkan. Bukan untuk menyertai pertandingan ini tetapi untuk diterbitkan sebagai sebuah buku yang lain.

      Boleh emelkan kepada kami di sayaptulis@gmail.com

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Perlukah saya menulis cerita itu tanpa mengubah sedikitpun? Contoh nama penuhnya. Garlud-Garludia. Perlukah saya membaca novel ini sebelum saya memulakan karya saya? Apakah maksud "Penakluk Daratan"? Bolehkah saya menulis karya ini dengan jalan cerita saya sendiri yang berbeza dengan cerita sebenar? Minta maaf banyak bertanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ikmal... terima kasih kerana bertanya :)

      Tujuan pertandingan ini diwujudkan adalah untuk mencari cerita-cerita terbaik yang boleh dijadikan salah satu novel dalam siri novel kanak-kanak Garlud & Garlid. Jadi watak utamanya tidak boleh diubah, mereka mestilah Garlud & Garlid, 2 orang adik beradik yang berumur 5 dan 6 tahun.

      Ikmal perlu membaca novel ini terlebih dahulu atas beberapa sebab. Antaranya:

      1. Untuk memahami selok-belok Lembangan Anyaman Teratai, tempat tinggal Garlud & Garlid. Contohnya, dalam novel ini, mereka tinggal di atas daun teratai gergasi. Jadi dalam karangan Ikmal, tak boleh la letak mereka tinggal di atas pulau pulak.

      2. Untuk mempelajari cara hidup masyarakat Meaburi, suku kaum Garlud & Garlid ni. Contohnya, makanan ruji masyarakat ini adalah tepung biji teratai. Tak boleh la tulis mereka makan nasi pulak.

      Cerita Ikmal tak perlu ada kaitan dengan Sang Penakluk Daratan sebab itu adalah kisah dalam siri novel Sayap-Sayap Tanarebt, bukan siri novel Garlud & Garlid.

      Ok, kalau masih keliru, Ikmal boleh tanya lagi :) Tak perlu malu-malu...

      Delete
  7. Reka cerita ni una imaginasi yang tersendiri kan... sukatilah nak baut macam mana pun asalkan watak utamanya Garlud & Garlid kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Izra... Betul tu, Izra boleh gunakan imaginasi Izra sesuka hati asalkan:

      1. Watak utamanya Garlud & Garlid
      2. Latarbelakangnya Lembangan Anyaman Teratai & dunia Tanarebt.
      3. Ciri-ciri kehidupan mereka sama seperti yang diterangkan dalam novel (contoh: makanan, perayaan, tempat tinggal, dll)

      Tak perlu ada kaitan dengan kisah utama Ryde dan rakan-rakan dalam siri Sayap-Sayap Tanarebt.

      Selamat mengarang :)

      Delete
  8. Kalau nak buat cerita ni, kena baca novel sayap-sayap tanarebt dulu ke?ceritanya macam saling berkait.dan 'sang penakluk daratan' tu sebenarnya sape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Syuk krina,

      Untuk mendapatkan gambaran yang tepat tentang Garlud & Garlid yang lahir dalam suku manusia Meaburi serta kehidupan mereka di Lembangan Anyaman Teratai, sememangnya Syuk krina kena baca dulu novel Sayap-Sayap Tanarebt ni. Kalau nak tanyakan kepada orang yang dah baca pun, boleh jugak :)

      Jalan cerita yang Syuk krina karang tak semestinya ada kaitan dengan jalan cerita novel Sayap-Sayap Tanarebt. Yang berkaitan hanyalah latarbelakang penceritaannya.

      Persoalan siapa Sang Penakluk Daratan akan terjawab sendiri apabila Syuk rina habis membaca novel ini. Tapi seperti yang kami terangkan tadi, jalan cerita Garlud & Garlid tak perlu ada kaitan dengan Sang Penakluk Daratan :)

      Ok, cuba baca jawapan-jawapan kami untuk soalan-soalan lain di atas. Mungkin Syuk krina boleh dapatkan lebih banyak idea daripada situ.

      Selamat mengarang!

      Delete
  9. OOh saya ingin bertanya mcm mana kalau belum baca buku tersebut dan latarnya belum diketahui kalau semasa mengarang novel ini dan latarnya ada (terlari) mcm mana adah ia akan memberi kesan juga......mesti buat dlm bentuk email juga kalau sekolah kami ada masalah dgn penghantaran novel tersebut kalau begitu kami boleh menggunakan tulisan tanganlah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam En Edrus...

      Wah, banyak soalan:) Tak apa, kami akan cuba jawab satu-persatu.

      Latar utama untuk cerita ini(contohnya Lembangan Anyaman Teratai, Hutan Mengkuang) mestilah sama dengan apa yang dijelaskan di dalam novel Sayap-Sayap Tanarebt. Latar-latar sampingan contohnya bilik darjah yg tak diperincikan dalam novel ini, asalkan bersesuaian dengan latar utama, boleh sahaja digunakan.

      Untuk mendapatkan gambaran tepat, dicadangkan untuk membaca novel ini terlebih dahulu.

      Bagi penulisan pula, minta maaf, kami hanya menerima salinan soft copy. Tapi kalau bermasalah untuk menghantarnya melalui emel, boleh saja burn dalam CD dan hantarkan melalui pos ke alamat kami.

      Kalau ada sebarang masalah untuk mendapatkan novel ini, silalah beritahu kami.

      Delete
  10. Boleh selitkan unsur agama atau pengjaranlah boleh.......atau x payah pun x apa2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unsur agama atau pengajaran secara direct tidak digalakkan... biarlah ianya disampaikan secara lembut dan menyeronokkan melalui penceritaan yang menarik...

      Delete
  11. kalau buat dlm kumpulan hanya untuk berbincang boleh kan/................................... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sahaja... Kalau nak hantar karangan secara berkumpulan pun boleh...

      Cuma, kalau terpilih sebagai pemenang, hadiah kena kongsi-kongsi.

      Seandainya karangan itu diterbitkan, kesemua nama penulis boleh diletakkan di muka depan buku dan royalti kenalah bahagi-bahagi :)

      Delete
  12. Kan kata kamu semua boleh ubah watak jd umur dorang pun boleh d ubahlah tu..........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebarang maklumat yang diperincikan dalam novel Sayap-Sayap Tanarebt tidak boleh diubah. Contohnya Garlud dan Garlid adalah dua orang adik-beradik yang berusia 5 dan 6 tahun, anak kepada Dilfa Guwama.

      Kalau tidak diperincikan, anda bebas untuk berbuat apa sahaja...

      Delete
  13. Salam,,saya Dhiya Diyana,,boleh terangkan ciri2 perkampungan yang terdapat di Lembangan Teratai ni? /macam apa makanan dyeorg,tempat tingga,aktiviti2 yg masyarakat selalu buat,,hrap boleh terangkan so senang saya nak menulis,,kalo xbeli novel yg sebelumnya pun tak pe kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dhiya :)

      Kalau nak diterangkan satu persatu, memang banyak giler... Lagipun, pertandingan ini adalah untuk melihat berapa jauh anda dapat mengenali dan mewarnai dunia Tanarebt itu sendiri.

      Cara yang terbaik, sememangnya kena baca dulu novel Sayap-Sayap Tanarebt ni. Apabila Dhiya mengarang nanti, kalau ada novel ni di sebelah Dhiya, mudah untuk dirujuk kalau timbul apa-apa kekeliruan.

      Tak beli pun tak apa, asalkan Dhiya baca dulu novel ni. Cuba cadangkan pada guru pusat sumber sekolah Dhiya untuk dapatkan buku ni daripada pengedar.

      Delete
  14. mesti tentang lembangan anyaman teratai?? bolekah dlam cerita sya drng jumpa tempat yg baru, yg tinggal di sna makhluk lain, macam ikan duyung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm... boleh sahaja asalkan asas cerita masih sama seperti yang dinyatakan dalam novel.

      Contohnya, Garlud dan Garlid masih lagi berasal dari Lembangan Anyaman Teratai... tapi mungkin dibawa keluar ke tempat lain dan di situ dia berjumpa makhluk-makhluk lain.

      Delete
  15. klau waktu sya mengarang cerita, terus ada latar yang terlari, kena batal kah dri pertandingan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada latar yang terlari, penyertaan tidaklah sampai dibatalkan. Sememangnya markah akan ditolak dari segi itu, tapi kalau cara penceritaan dan jalan ceritanya menarik, masih berpeluang untuk diangkat menjadi pemenang :)

      Delete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. boleh ke saya gunakan nama-nama dalam cerita ini dan mengubah ciri-ciri atau perwatakan mereka??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yusrina... Selamat Hari Raya Haji :)

      Nama-nama watak yang sedia ada boleh digunakan semula tetapi seandainya ciri-ciri watak itu sudah dinyatakan dengan jelas di dalam novel, ia tidak boleh diubah.

      Sebagai contoh:- Dilfa adalah ibu kepada Garlud dan Garlid dan itu hakikat yang tak boleh nak diubah. Namun Yusrina boleh mengembangkan lagi watak Dilfa... mungkin dia seorang tukang masak terhebat... seorang yang keras hati... atau lain-lain lagi. Selagi ia tidak disentuh di dalam novel, selagi itulah Yusrina bebas untuk mengembangkan lagi watak itu.

      Semoga terjawab... Kalau ada apa-apa lagi pertanyaan, jangan malu-malu :)

      Delete
  18. kalau form 5 thn ni kira dah habis sekolah ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Linara Violet,

      Pertandingan ni untuk tahun 2012... Sesiapa yang masih bersekolah pada tahun ni dikira layak untuk menyertainya.

      Untuk menjawab soalan Linara - Anda dikira belum habis sekolah :)

      Delete
    2. err...boleh tak lanjutkan sampai 15 jan ? huhuhu

      Delete
    3. :) Buat masa ini, tarikh tutup kekal 31 Disember 2012.

      Pihak AJK pertandingan akan bermesyuarat pada 30 Disember dan 'seandainya' ada kelonggaran, ia akan diumumkan di blog ini pada hari yang sama.

      Teruskan usaha & sama-samalah kita berdoa :)

      Delete
  19. yela...
    dah ramai k hantar penyertaan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Linara...

      Setelah dipertimbangkan sebaik-baiknya, tarikh tutup pertandingan ini telah dilanjutkan sampai Ahad, 13 Januari 2013.

      Penyertaan sudah ada tetapi kami masih mencari-cari cerita yang ada umphhh! Mungkin cerita yang sedang Linara karang...

      Okay, selamat menghabiskan cerita anda :) & selamat tahun baru...

      Delete
    2. 13 jan?? tenkiu! :)
      slamat tahun baru...

      Delete
    3. hye! maaf bertanya,
      mesti ke sy masukkan watak ryde dan rakan-rakan? saya agak keliru, garlud dan garlid sebenarnya kembar kan?? so, sebaya la kan?

      Delete
    4. :)

      Garlud & Garlid bukan kembar, mereka adik-beradik yang sangat rapat usianya... beza lebih kurang 1 tahun je... memang tengokkan gaya, mereka macam kembar tapi sebenarnya bukan...

      Okay :)

      Delete
    5. lupa nak jawab soalan pertama...

      watak ryde dan rakan-rakan tidak perlu ditampilkan dalam karangan anda... nak masukkan boleh, tak payah masukkan pun boleh...

      dalam karangan Linara, Garlud & Garlid lah heronya...

      Delete
    6. tak sabar nak baca hasil karya Linara Violet :)

      Delete
    7. Err.... encik pasti ke? cuba semak halaman 115
      petikannya-ajakan dilfa disambut sorakan gembira dua beradik kembar itu.

      page 113- dua org bdk kecil berumur dlm lingkungan lima ke enam thn sedang bermain lawan-lawan di serambi rumah.

      sorry bnyk soal pulak -.-''

      Delete
    8. Okay, saya dah rujuk kepada penulis novel ni dan beliau ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan linara...

      Ini feedback daripada beliau:

      1) Page 115 - Ini adalah masalah terlepas sunting. Sepatutnya - 'Ajakan Dilfa disambut sorakan gembira dua beradik itu' - tanpa perkataan 'kembar'.

      2) Page 113 - Ayat ini tidak menunjukkan sebarang tanda yang mereka kembar.


      Sebagai pengesahan, definisi Garlud & Garlid pada mukasurat 440 adalah boleh diguna pakai.

      Linara boleh jadi penyunting buku ni... Mata tajam :)

      Terima kasih :)

      Delete