Monday 29 July 2013

EXTRA TIME - Pertandingan Sayap Seni Penulis Muda 2 !

Berita Baik Untuk :-
  • Adik-adik yang telah pun mula mengarang tapi kesuntukan masa untuk menghabiskan karangan...
Kerja tak habis!

  • Adik-adik yang berminat untuk mengarang tapi rasa tarikh tutup dah dekat sangat...

Cepat!!!

  • Adik-adik yang berhajat untuk mengarang tapi kena tunggu lepas SPM atau PMR atau UPSR...
Study! Study! Stidoo... zzzzzzz!

  • Adik-adik yang sudah habis mengarang tapi perlukan lebih masa untuk pembaikan...
Nasihat daripada Penulis S2T... Errr, cantiknya Penulis >-< 



Pertandingan Sayap Seni Penulis Muda 2 yang sepatutnya berakhir pada 31 Julai 2013 telah pun dilanjutkan tarikh tutupnya...


Tapi kalau adik-adik dah siap mengarang, sila emelkan segera karya adik-adik untuk penilaian awal. Penulis-Ismail MJ akan memberikan nasihat-nasihat berguna untuk pembaikan :)

Sila klik sini untuk maklumat lanjut: 


Selamat Mengarang!

Sunday 14 July 2013

BICARA BUKU - Program Jelajah Sekolah!

Secebis pengalaman yang penulis kutip ber'Bicara Buku' dengan LIMA (5) buah sekolah yang pertama...


SAM Sultan Hisamuddin, Sg. Bertih, Klang
Segalanya bermula di sini. Peluang yang diberi oleh pihak sekolah untuk 'berbicara buku' dengan 700++ pelajarnya telah membuka jalan dan meyakinkan penulis bahawa inilah KERJA yang perlu dilakukan untuk membawa karya ini kepada khalayak pembaca yang lebih meluas. Sebagai yang pertama, banyak yang dicuba dan banyak juga yang tak kena. Belajar daripada pengalaman, aturcara program diperkemas dan hasilnya - Bicara Buku yang lebih santai, informatif dan 2-hala, menghiburkan untuk semua :)


SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2, Shah Alam
Penulis mengenali sekolah ini sebagai sekolah rugbi namun tak tahulah berapa orang pemain rugbi daripada 70++ pelajar yang telah datang ke program kami. Sebuah pengalaman yang menarik dan berbeza daripada yang pertama. Keseronokan yang dikongsi bersama pelajar meyakinkan pihak guru untuk menjemput kami sekali lagi pada hujung minggu itu. Bukan Bicara Buku tapi untuk membuka gerai sempena dengan kemuncak Minggu Bahasa mereka.


SMK Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Kali ini, program khas untuk pelajar-pelajar sekolah yang aktif terlibat dalam Program Nilam. Berbeza dengan sekolah-sekolah sebelum ini, khalayaknya lebih majmuk dengan kepelbagaian kaum yang ada di dalamnya. Mengendalikan Program Bicara Buku untuk 50++ pelajar yang kesemuanya minat buku (ada yang sudah membaca beratus-ratus buah buku) - sudah tentu anda boleh menjangka hasilnya.


SMK Seksyen 11, Shah Alam
Safiq Rahim, Mahali Jasuli & Nazmi Faiz adalah antara nama-nama besar yang pernah bersekolah di sini. Menyedari potensi masa depan pelajar-pelajar sekolah projek sukan ini, penulis berasa teruja dengan kemungkinan untuk bertemu dengan hero-hero masa depan Malaysia. Mengendalikan 400++ pelajar aktif dalam sebuah dewan besar, suatu pengalaman yang mengujakan lagi mencabar mental & fizikal. Seandainya mendapat jemputan daripada sekolah sukan lagi selepas ini, penulis akan berjogging seminggu dulu demi menguatkan stamina badan :p


SMK Seksyen 7, Shah Alam
Puasa & Bicara Buku bukanlah pasangan yang ideal tapi menyedari yang ini adalah KERJA, penulis redah jua. Khalayaknya tidak ramai tapi itu tidak menjadi masalah kerana sekurang-kurangnya, 30++ individu lagi kini mengenali Ryde & rakan-rakan. Program yang disusun oleh pihak sekolah untuk mengisi waktu pelajar-pelajar setia yang hadir pada hari Sabtu sekolah ganti ini, penulis anggap berjaya mencapai maksudnya. Teringat lagi kata-kata cikgunya selepas habis program - "Mereka ni sebenarnya kena paksa tapi tengok mereka ceria dan bersemangat selepas program, saya rasa mereka benar-benar enjoy sesi bersama dengan encik."


Hehe, setiap sekolah memberikan pengalaman yang berbeza. Penulis benar-benar enjoy dapat meluangkan masa dengan pelajar-pelajar ini. Bukan kerana sekadar dapat berkongsi kisah Ryde dan rakan-rakan, tetapi juga dapat mengenali kepelbagaian watak yang mampu memberikan ilham untuk karya-karya penulis seterusnya :)

Kepada LIMA (5) buah sekolah yang pertama -TERIMA KASIH!



Sekiranya berminat menjemput penulis untuk ber'Bicara Buku' di sekolah anda, sila hubungi 013-3949787 atau email di sayaptulis@gmail.com.

Ringkasan Aturcara Program
45 minit - Perkongsian Penulis - Tajuk 'Berani untuk Berbeza / Dare to Be Different'
15 minit - Sesi soal-jawab
15 minit - Pertandingan Sayap Seni Penulis Muda 2
30 minit - Games untuk individu & berkumpulan
15 minit - Sesi bersama Penulis 

(Aturcara boleh diubah mengikut kesesuaian pihak sekolah). 

Thursday 28 March 2013

Pertandingan Sayap Seni Penulis Muda 2012 - Dan pemenangnya ialah...

Pencarian pemenang untuk Pertandingan Sayap Seni Penulis Muda 1 (PSSPM1) telah pun tiba ke kemuncaknya. Karya pemenang telah dikenal pasti, pemenang telah pun dihubungi dan kini hanya menunggu masa yang sesuai untuk diumumkan kepada semua...



Secara asasnya, penganjuran pertandingan menulis novel ini telah pun mencapai matlamat iaitu untuk mengesan bakat-bakat baru dalam bidang penulisan di Malaysia. InSyaAllah, jika tiada aral melintang, impian pemenang untuk bergelar penulis novel akan menjadi kenyataan tidak lama dengan penerbitan hasil karya beliau bagi pasaran komersial.

Berikut ingin dikongsikan beberapa sebab karya pemenang telah diangkat sebagai Pemenang Utama PSSPM1.

1. Pemenang benar-benar mengkaji Dunia Tanarebt. Latar belakang Lembangan Anyaman Teratai diterangkan secara terperinci dan corak serta gaya hidup Warga Meaburi juga diceritakan dengan tepat.

2. Cara penceritaan yang menarik. Perkataan dan ayat yang digunakan ringkas, sesuai dengan sasaran pembaca - junior readers.

3. Jalan cerita yang agak menarik (tapi masih boleh diperbaiki).

4. Menepati syarat-syarat pertandingan yang lain. Sebagai contohnya; jumlah perkataan yang tepat (lebih kurang 10,000 perkataan).


Dan berikut pula dikongsikan sebab-sebab mengapa karya yang lain TIDAK dipilih sebagai pemenang:

1. Jalan cerita yang kurang original. Terdapat terlalu banyak pengaruh novel atau filem yang sedang popular sekarang seperti Twilight, The Hobbits, etc.

2. Ciri-ciri latar yang tidak tepat. Sebagai contohnya, terdapat dusun buah-buahan dan ladang bunga di Lembangan Anyaman Teratai.

3. Pemilihan nama-nama watak dan kejadian yang terlalu sama / hampir dengan watak dan kejadian dalam novel Sayap-Sayap Tanarebt.

4. Kandungan cerita yang kurang sesuai dan terlalu berat untuk sasaran pembaca - junior readers. Contohnya: sekumpulan pontianak yang meminum darah seorang anak gadis.

5. Jumlah perkataan yang terlalu banyak. Tidak sesuai untuk diterbitkan bagi segmen novel junior readers.


Walaubagaimanapun, usaha yang ditunjukkan oleh setiap peserta sememangnya begitu mengagumkan. Diharap, mereka yang tidak diangkat sebagai pemenang tidak akan berputus asa. Teruskan mengarang, perbaiki karya anda dan mungkin andalah bakal pemenang untuk PSSPM seterusnya...


Pihak kami sedang mengatur Majlis Penyampaian Hadiah untuk pemenang... Berkemungkinan besar, di sekolah pemenang itu sendiri...

Gambar sekolah pemenang... Cer teka, sekolah apa? 


Jadi, tunggu berita selanjutnya daripada kami!

Friday 1 February 2013

2013 - Masanya Untuk Terbang Lebih Jauh!

Tahun 2012 sudah sebulan berlalu... Kesibukan awal tahun - longgokan 'kerja untuk cari makan + kerja untuk hidup yang diimpikan' - membuatkan blog ini diam untuk seketika. Namun diamnya Penulis bak diamnya ubi, tak muncul-muncul tahu-tahu dah berisi (Memang berisi pun... Ngeh ngeh!)

Sudah lebih setengah tahun Ryde dan rakan-rakannya terbang ke seluruh negara. Sok sek sok sek tentang kehadirannya sudah kedengaran namun belum riuh berkompang di segenap ceruk alam.

Tahun ini adalah tahunnya untuk Ryde terbang lebih jauh lagi... Bingkisan Salam Perkenalannya sudah dihantar ke setiap ceruk daerah yang asalkan ada sekolah. Salam Ryde tidak memilih, kampung dan bandar, habis semua diredah.

Harapan Penulis - bukanlah karpet merah dan kompang bersahut, cukuplah sekadar salam bersambut!


Selamat Berkenalan :)



Tindanan sampul-sampul surat berisi Bingkisan Ryde yang berbaris di rumah Penulis, menunggu masa untuk dipos.


Pandangan terakhir Bingkisan Ryde sebelum berpisah dengan Penulis... Selamat jalan & semoga selamat pulang :)
Lokasi: Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Tiga Jangkang 
(Lokasi sebenar: Pusat Mel Nasional, Shah Alam) 




Antara isi kandungan Bingkisan Ryde versi 2.0...

Tuesday 20 November 2012

Promosi Cuti Sekolah Akhir Tahun 2012




Cuti sekolah adalah waktu yang paling sesuai untuk membawa minda anda keluar daripada kepompong persekolahan.

Tinggalkan seketika dunia pembelajaran dan cabarlah minda anda dengan sebuah dunia fantasi yang melangkaui imaginasi dalam novel Sayap-Sayap Tanarebt: Menjejak Sang Penakluk Daratan karya Ismail MJ ini.


Tergolong dalam genre 'high-fantasy' - cereka fantasi yang terbina secara keseluruhannya dalam dunia rekaan - sama seperti Lord of The Ring



dan punya pendekatan mesra pembaca sama seperti novel bersiri Harry Potter.



Ternyata
Sayap-Sayap Tanarebt adalah satu pilihan Berbaloi & Paling Menarik untuk mengisi kelapangan masa cuti anda.


Komen salah seorang pembaca novel di www.facebook.com/SayapTanarebt


Tuesday 30 October 2012

Perkongsian Ayaz Ismail Ketika Majlis Pelancaran Novel



Bismillahhirrahmanirrahim... Assalamualaikum wbh...

Nama saya Ayaz Ismail, bukan anak kepada penulis...Tapi seorang yang telah mengenalinya lebih 15 tahun.

Ya, saya mula membacanya dalam kapal terbang, menyambung membacanya dalam bilik hotel pada waktu malam dan tamat membaca novel  ini dalam penerbangan kembali ke Kuala Lumpur.

Bagi saya, bila pembaca mula serasikan minda mereka dengan dunia yang telah dicipta oleh Ismail, anda akan tersedut ke dalam dunia tersebut juga. And you cannot wait to find out what happen next to the many characters, what happen next in the whole Tanarebt environment that he has created. So that's quite fantastic.

Saya dah kenal Mael lebih 15 tahun dan saya dapat bayangkan Ismail menceritakan kepada saya apa yang dia telah tulis. And that is why kadang-kadang kita terasa seperti nak cakap, Mael don't do that, do this next. Dan rasanya dia juga mempunyai pemikiran yang sama, telah memulakan pertandingan Sayap Seni, so that akan ada orang lain yang turut boleh memberikan buah fikiran kepada jalan cerita Sayap-Sayap Tanarebt ini mungkin.

Mael juga ada menyatakan bahawa dalam banyak-banyak karakter dalam novel tersebut, mungkin inspirasinya adalah rakan-rakannya. Saya dah baca dan saya rasa mungkin karakter yang berdasarkan saya adalah 'kuda laut'. So if you do the film Mael, maybe I can become your 'giant seahorse'.

But mmm... it's a fantastic work, Mael. You know, it's about hundreds, I think thousands of people who are going to be supporting you , who are going to wish you success. So don't doubt that, we're all behind you. Harapan saya satu sahaja, cepat-cepat keluarkan yang kedua.

Thank you very much, congratulation.


Untuk rakaman video, sila klik pautan Youtube ini


Ayaz Ismail & Khairul Anwar (AYTR Gang) sedang mengisi 'borang kedatangan'.


Monday 1 October 2012

Puisi Kemunculan Dia - Pengembaraan Bermula!

Seorang sahabat @ pembaca pernah menulis kepada si penulis:

'The ramalan separated in a way u wrote it is quite original... banyak high fantasy aku baca, belum pernah  jumpa yang macam ni punya style ramalan... the story very interesting, putting back my faith in Malay novel...'



5 rangkap pertama puisi ini pernah dilagukan secara live semasa Majlis Pelancaran Novel pada bulan Mei 2012 yang lepas. Kini, versi studionya telah pun diterbitkan dan boleh ditonton di Youtube... Enjoy! 



Lagu dan lirik ciptaan Ismail MJ

 (Errr... Studio = Bilik study/office di rumah penulis... Hihi)