Perjalanan ini bermula lama dahulu... Masih jelas di ingatanku, hanya babak itu, berlokasi di tepi kolam renang Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang, aku menaip perenggan pertamaku... Ketika Husna isteriku sibuk berkursus, aku pula sibuk melayan imaginasiku, bertemankan bunyi kocakan air yang merancakkan lagi dunia khayalanku.
Perincian lainnya tidak jelas... Tahun bila? Pukul berapa? Apa yang ku pakai? Di mana anak-anakku ketika itu? Berapa orang anak-anakku ketika itu? Entahlah, akal ini hanya memilih pengalaman perenggan pertamaku itu sahaja untuk terus kekal di lipatan memori...
Tapi andai dihitung logik akal, ianya berlaku tidak kurang daripada 4 atau 5 tahun yang lalu... Kenapa? Kerana itulah tahun-tahunnya aku kecewa dengan cobaan demi cobaan untuk mengejar dunia... Usah salah sangka, bagiku tiada salahnya mengejar dunia, cuma salahku yang berlari bersama beban sangsi... Walau ku paksa kaki ini berlari, akhirnya terhenti ditambat pipihnya motivasi.
Aku mula mendengar kata hati dan tiba-tiba segala-galanya menjadi jelas dan nyata... Bukan itu yang ku mahu tapi ini! Aku tahu dari mula, asetku adalah imaginasi dan itulah yang akan ku kongsikan dengan dunia bermula pada saat ini.
4 ke 5 tahun bukanlah tempoh yang singkat namun itulah yang perlu aku harungi untuk ini... Bezanya, masa tidak lagi memalapkan api semangatku kini kerana sesungguhnya inilah minatku sejak azali..
Dunia, terimalah Sayap-Sayap Tanarebt, persembahanku untuk semua...

 
Alhamdulillah, syukur atas imaginasi yang Allah kurniakan, semoga Mail terus berjaya, jangan lupa pada sisi mendidik anak-anak untuk agama Allah dalam setiap penulisan InsyaAllah.
ReplyDeleteTerima kasih... Walaupun melalui medium fantasi, tetap ada mesej yang cuba digagahi... Apa dan di mana? Biarlah pembaca sendiri yang mencari...
DeleteAlhamdulillah Ma'el, dalam diam-diam, terhasil juga novel ini. Didoakan semoga karier penulisan Ma'el bersayap dari sini :)
ReplyDeleteConfuse sekejap... Sapa pulak Idaman ni... Hehe, tetiba teringat Jejaka Idaman...
DeleteThanks Ayaz... Sokongan kawan-kawan amat-amat dihargai...
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete