Alhamdulillah.... Bersempena dengan hari Jumaat yang mulia ini bermulalah episod perjalanan Sayap-sayap Tanarebt mengorak langkah menjengah pasaran terbuka, memperkenalkan diri kepada khalayak yang lebih besar, menarik lebih ramai golongan pencinta novel dalam kembara Ryde.....
Temui novel Sayap-sayap Tanarebt - Menjejak Sang Penakluk Daratan di...
BOOKS etc...Your family bookstore bertempat di Tesco Seksyen 13 Shah Alam dan dapatkan potongan harga sehingga 10% (tapi kena mendaftar dululah sebagai ahli BOOKS etc... ye!- bayaran keahlian cuma RM10 je untuk seumur hidup).
Perjalanan Sayap-sayap masih jauh tapi titik permulaannya di sini (terima kasih BOOKS etc...menjadi si Pertama dari Kedai Buku yang menjual novel kami... meminjam ilham dari pena penulis... hihih!)...
Kami akan sentiasa mengemaskini dan menyenaraikan lokasi kedai buku dari semasa ke semasa di samping pembelian secara 'online' yang sentiasa terbuka 24-7 untuk kemudahan anda semua...

No comments:
Post a Comment