Thursday 24 May 2012

Suatu Pagi di Selamat Pagi Malaysia

Hari ini genaplah seminggu kemunculan penulis di kaca TV1 untuk slot Resensi dalam program sembang pagi Selamat Pagi Malaysia. 17 Mei 2012, hanya selang 4 hari selepas SAYAP-SAYAP TANAREBT dilancarkan, satu peluang yang hanya pernah dimimpi datang bergolek ke depan mata. Terima kasihlah kepada sahabat lama seMRSM & seUKM, Saudara Hezri Rahil Hillaluddin, pengacara Selamat Pagi Malaysia yang mampu mendengar hajat hati yang tak pernah penulis suarakan ini... Terima kasih.

Kelakar, kemunculan di kaca TV yang tak sampai pun 10 minit telah menyebabkan 'rama-rama berterbangan & bergentayangan dalam perut' penulis sejak dari terjaga pagi itu lagi :) Tidak tahu apa yang hendak dijangka, maklumlah kali pertama nak masuk studio TV seusia dewasa ini.

Anak-anak dihantar ke sekolah sebelum matahari naik... "Tunggu kat kantin dengan makcik kantin tu, masuk kelas bila dah terang nanti!"

Yang kecik pula dihantar ke nursery... "Tok, tok, tok! Cikgu, bukak pintu.... Cikgu bangun!" (Hehe, dah bangun sebenarnya... Dah bagitau awal-awal!)

Anak-anak, makcik kantin & cikgu nursery menjadi 'mangsa' gara-gara nak kena sampai ke Angkasapuri sebelum pukul 7.30 pagi.

Dalam kereta, nak hilangkan ngantuk punya pasal, mula practice dengan isteri penulis... (Baru nak practice daaa...) Spot questions dihambur, jawapan entah apa-apa disembur... Otak tak jalan, rama-rama semakin rancak berterbangan... Nervous giler dah ni!

Sampai ke Angkasapuri, ambik pas masuk dan terus memandu ke Wisma TV. Melangkah masuk ke dalam bangunan, isteri pulak mencari toilet... Maka terpisat-pisatlah penulis di hadapan toilet wanita, tak ada idea nak pergi ke mana... Kat mana studio ni?

"Boleh saya tolong?" tiba-tiba seorang lelaki memegang kertas menegur diri ini di hadapan toilet wanita. Maka dengan tersipu-sipu malu penulis menjawab, "Saya tetamu SPM, Ismail Mohd Jamil"

"Oh," dia melihat senarai di tangannya, "saya tunjukkan Encik bilik menunggu."

"Err, nanti kejap, tunggu isteri kat dalam toilet!"

Oooo, patutlah ko tercegat depan toilet perempuan ni... Mungkin itu yang dibisikkan dalam hatinya :p

Sambil menunggu, sempat berkenalan... Namanya Jawa tapi asal dari Kelantan... Sayangnya tak ingat, kalau ingat nanti, penulis masukkan...

"Saya punya slot pukul 8.40 kan?" - "Eh, bukan... Dah tukar. 8.20!" Lagi satu kejutan, rama-rama kian galak bergentayangan.

Dalam bilik menunggu, penulis cuba berkenal-kenalan... Ada 2 orang Datuk, seorang profesor, & 3 orang wanita pemilik butik perkahwinan. Tak banyak yang dibual, sekadar memecah sunyi menghilang kebuntuan.

"Encik, jom pergi solek!" - "Ha!" - "Ya, kena solek!" - "Oh, okay..."
Maka penulis pun melangkah ke bilik solek, nasib baik cuma foundation & gincu calit malu-malu di bibir.

Masa dah makin dekat... Alamak, dahaga la pulak! Ada hidangan di atas meja, tapi tengok gaya macam semalam yang punya... Tak tahan punya pasal, penulis melangkah ke toilet berdekatan lalu menyedut air paip sehirup dua... Hehe, isteri penulis pun tak tahu  tentang ini!      

Penulis cuba berlagak tenang.... Tenang tak?


Kurang 10 minit sebelum dipanggil masuk, sahabat penulis, Hezri si pengacara SPM sampai untuk memberikan sokongan. Seronok & lega melihat seseorang yang dikenali familiar dengan tempat baru yang hendak diteroka... Seronok & lega juga kerana dengan adanya dia, lebih mudah untuk membawa isteri penulis dan kamera videonya masuk ke dalam studio...

Melangkah masuk ke studio, debar itu seakan berkurang. Hanya sebuah bilik hitam dengan pancaran cahaya panas yang hanya tertumpu di suatu sudut bersofa menghiasi pandangan... Hmmm, okay kot, hati ini berbisik, cuba menghalau rama-rama itu pergi.

Sebelum penulis ke udara... 

Duduk di sofa, mic dipasang, baju dibetul-betulkan, Rina bertanyakan khabar, isteri & Hezri tidak putus-putus mengucapkan 'good luck' dalam pelbagai gaya... dan huh, rama-rama tadi datang lagi! 

5... 4... 3... 2... 1... On air! Pergh, serentak rama-rama itu berburuan ke anak tekak...

Soalan pertama diaju, "Dengarnya Hezri adalah peminat Encik Ismail?"

Langsung tak menjangka, tak practice pun dalam kereta pagi tadi, tapi akhirnya penulis menjawab, "Ya, betul... Errr, Hezri kan?" Huh, entah apa-apa... Rama-rama bersuka-ria!

Jujurnya, jawapan penulis untuk 2 atau 3 soalan pertama sememangnya ke laut... Hanya setelah penulis mematikan switch dalam otak yang mengatakan ini sebuah rancangan TV, barulah penulis dapat menikmati perbualan itu sebaiknya... Harapnya itulah jua yang terpapar di kaca TV! 

Penulis sedang rancak bercerita semasa ke udara...

Soalan demi soalan berlalu, tanpa sedar begitu cepat ia berakhir... Ucapan tahniah bertalu-talu, siapa lagi kalau bukan dari isteri dan Hezri yang bertepuk tangan tanda sokongan.

They said, "You did well!' but I said, "It could be done better... Maybe next time!" Hopefully there will be next time :p

Lepas makan-makan, ambik gambar buat kenang-kenangan dan sempat jua berkenalan dengan rakan-rakan Hezri, si pengacara-pengacara SPM yang bertugas... Setelah semuanya selesai, penulis pulang dengan senyuman, sebagai tanda sebuah kesyukuran.


Penulis bersama Hezri di ruang legar Angkasapuri...

Hezri & penulis meladeni Sayap-Sayap Tanarebt.... Gaya posing arahan jurugambar, isteri penulis! 

Penulis dan buah hatinya... Teka yang mana satu?


   Di sini penulis ingin mengambil peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada:

Isteri, Husna Al-Amani yang sentiasa menyokong dan menemani,
Sahabat, Hezri Rahil yang mendengar suara hati ini,
Semua ahli keluarga, rakan-rakan dan pelajar-pelajar yang menonton Selamat Pagi Malaysia, tak kiralah sama ada secara langsung ataupun cuma rakaman TV di Youtube.

TERIMA KASIH

2 comments:

  1. lawak le mael....hezri semakin ganteng gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... ganteng kan? Celebrity kena la ganteng... Yang dia letak tangan kat bahu aku tu, berat tu... Sakit bahu aku :p

      Delete