Hadiah Utama... Peluang untuk menjadi seorang PENULIS (dan faedah-faedah lain yang datang sekali dengan gelaran ini) apabila karya pemenang akan diterbitkan menjadi sebuah buku dalam siri novel terbaru kanak-kanak, Garlud & Garlid.
Hampir 1000 poster seperti yang tertera di bawah telahpun dihantar ke sekolah-sekolah di seluruh negara untuk mempromosikan pertandingan menulis ini.
Jadi, sekiranya anda mengenali sesiapa yang mempunyai bakat menulis (mungkin anda sendiri), sila-silalah berkenalan dengan watak Garlud & Garlid ini melalui novel S2T dan cuba kembangkan kisah mereka sehingga mampu untuk menjadi sebuah novel tersendiri.
Maklumat lanjut tentang pertandingan boleh didapati pada pautan blog ini di http://sayaptanarebt.blogspot.com/p/pertandingan-sayap-seni-penulis-muda.html
Selamat Mengarang!
Kembangkan sayap seni anda kerana anda mungkin terkejut melihat ke mana ianya mampu untuk membawa anda terbang pergi.
No comments:
Post a Comment