Saturday, 17 March 2012

Mari Berkenalan Dengan Suku-Suku Manusia Dalam Dunia Jauh Ini...

Wahai sekalian rakyat Wilayah Tanarebt !
(Para pembaca dan bakal pembaca novel ini larr... )

Berikut merupakan pengenalan kepada suku-suku kaum utama dalam naskhah Sayap-Sayap Tanarebt: Menjejak Sang Penakluk Daratan (SST:MSPD)... Diharap ianya dapat membantu anda untuk lebih memahami kemajmukan masyarakat dalam 'dunia jauh' ini...

Suku Aklele
Disebut sebagai Aklélé - Manusia berekor ikan dengan kulit yang jernih dan sensitif terhadap cahaya matahari. Menghuni bahagian bawah air di Kota Tiga Jangkang. Terbahagi kepada 3 kasta; Pedagang, Pemburu, & Pekerja.

Suku Banyu 
Disebut sebagai Banyu - Manusia berekor ikan dengan sisik berwarna keperang-perangan. Mengamalkan cara hidup berpindah-randah.

Suku Chadmar 
Disebut sebagai Chadmar - Manusia bersayap burung dengan saiz sayapnya yang lebar dan tubuh yang besar. Golongan pendatang di Kota Tiga Jangkang.

Suku Liyan
Disebut sebagai Liyan - Manusia bersayap burung dengan bentuk sayapnya yang tirus dan keupayaan terbangnya yang pantas. Golongan pendatang di Kota Tiga Jangkang.

Suku Manukur 
Disebut sebagai Manukur - Manusia bersayap burung dengan tubuh dan keupayaan terbang yang sederhana. Penghuni asal Kota Tiga Jangkang.

Suku Meaburi 
Disebut sebagai Méburi - Manusia bersayap serangga dengan keupayaan terbangnya yang pantas dan fleksibel. Digelar Manusia Pupus, penghuni di daerah Lembangan Anyaman Teratai.

Mukasurat 443, di bawah tajuk Senarai Nama & Sebutan: Nama Suku Kaum

3 comments:

  1. menarik.penuh dengan fantasi yang lari dari kebiasaan,tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, memang lari dari kebiasaan namun cuba mendekati dengan gaya bahasa yang santai dan adakalanya pasar...

      Delete
    2. Terima kasih juga kerana menjadi ahli pertama Rakan Sokongan (Followers) SST:MSPD...

      Delete