Monday, 26 March 2012

Terbang ke Borneo: Salam Untuk SABAH, SARAWAK, & BRUNEI!

Khas buat sahabat-sahabat Ryde (pembaca & bakal-bakal pembaca S2T) di Negeri di Bawah Bayu, Bumi Kenyalang, & Darussalam...

Lebih kurang 2 minggu yang lalu, penerbit telah mendekati salah satu pengedar buku yang tersenarai dalam laman web 'tok guru' kami.... Ketika pertemuan diatur, penerbit tidak mempunyai sebarang idea tentang latar belakang pengedar ini. Ia dipilih berdasarkan lokasi pejabatnya yang berhampiran dengan lokasi penerbit.

Tup tap tup tap... Selepas bertemu, barulah kami tahu yang fokus pasaran pengedar ini adalah untuk Sabah, Sarawak & Brunei. Sejujurnya, Ryde (naskhah ini) belum merancang untuk ke Borneo tapi nampaknya yang Maha Esa punya perancangan lain untuknya.

Dengan pintu peluang yang terbuka dan pintu hati yang berbunga, kami merelakan pemergian Ryde (naskhah ini) untuk berjumpa sahabat-sahabatnya di sana. Harapan penerbit, kehadiran Ryde dapat diterima dengan hati yang terbuka dan kisah pengembaraan Ryde bisa tersebar ke seluruh nusantara.



Mengikut kira-kira penerbit, naskhah ini kini sudah pun berada di sana... Setakat ini, pengedar sekadar memberikan nama-nama bandar di mana novel ini akan diedarkan... Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Keningau, Semporna, Kudat, Kuching, Miri, Sibu, Bintulu & Bandar Seri Begawan (sekadar menyebut beberapa nama bandar)... Senarai terperinci kedai buku akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Untuk rakan-rakan yang ingin mencari naskhah ini di kedai-kedai buku, nombor rujukannya adalah ISBN 978-967-10904-0-4.

Sabah, Sarawak & Brunei... Kami Datang!

No comments:

Post a Comment