Thursday 12 April 2012

Mimpi Jadi Realiti... Terima Kasih MPH!


Sebelum ini, ia hanyalah sebuah mimpi... Mimpi yang menurut kata orang begitu sukar untuk dikecapi... Bukan sekadar sukar tetapi juga mustahil untuk karya sekecil ini... Memalapkan seketika semangat kami yang begitu berapi-api...

Syukur pada Yang Maha Esa, api yang malap tidak terus terpadam... Berbekalkan nyalaan di hujung sumbu keazaman, e-mel dihantar sekadar mencuba nasib badan... Tanpa langsung menduga, tak lama kemudian berbalas dengan indahnya perkhabaran.

Ya rakan-rakan, Ryde kini melebarkan sayapnya menerusi gerbang MPH. Segalanya termeterai pada tanggal 4 April 2012 yang lalu dan pada hari ini, Ryde telahpun dihantar ke gudang MPH dalam perjalanannya untuk menuju ke kedai-kedai buku di seluruh negara.

Dengan izin Yang Maha Esa, rakan-rakan semua boleh mula menatap wajah Ryde dengan lebih dekat dalam tempoh seminggu dua lagi.

Terima kasih MPH kerana meletakkan kepercayaan pada karya sekerdil kami!    

No comments:

Post a Comment