Friday 20 April 2012

Pertandingan SAYAP SENI PENULIS MUDA

Bakat tidak mengenal umur... Jika anda memiliknya, tak kiralah sama ada anda berumur 7 tahun mahupun 17 tahun, anda tetap memilikinya...

Jadi sekiranya anda adalah seorang pelajar di mana-mana sekolah di Malaysia, rendah mahupun menengah, dan anda mempunyai bakat menulis, apa kata anda sertai peraduan mengarang cerita berdasarkan watak Garlud & Garlid yang telah diperkenalkan dalam novel Sayap-Sayap Tanarebt: Menjejak Sang Penakluk Daratan ini.

Manalah tahu, hasil tulisan anda akan menjadi hit, malah mungkin evergreen, sehingga membolehkan anda menikmati hasil royaltinya untuk tempoh yang cukup lama.

Untuk maklumat lanjut, sila klik Pautan Mukasurat di sebelah kanan skrin...


Salinan poster yang dihantar ke sekolah-sekolah...

No comments:

Post a Comment