Friday 11 May 2012

Debar Menanti Tibanya Hari... Pelancaran Novel S2T

Tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum hari kejadian... Dalam kekangan masa dan hambatan kerja, Penulis & Penerbit mencuba sedaya-upaya mencuri ruang untuk meletakkan secukup pemikiran dan usaha demi menjayakan hari bersejarah ini... Debarnya bagai menanti kelahiran anak sulung :)

Sokongan anda semua, jauh dan dekat, datang ataupun tidak, menjadi tonik yang mampu meredakan debar di dada. Ucapan-ucapan tahniah, kata-kata semangat serta doa-doa kejayaan memberikan kami sebab untuk tersenyum sepanjang hari.

Terima kasih kami ucapkan... Jumpa nanti hari Ahad ini (untuk sesiapa yang punya masa terluang).




Pelancaran Buku S2T terpapar pada leaflet The Red Alert MPH May 2012... Dapatkan satu di mana-mana MPH!

Majlis berakhir kira-kira 2 jam sebelum sesi Penampilan Penulis Antarabangsa, W Mitchell... Tidak disengajakan tapi satu penghormatan.

No comments:

Post a Comment