Monday 7 May 2012

Majlis Pelancaran Novel S2T - Semua Dijemput Hadir!

Salam untuk semua,

Kami dengan penuh rendah hati ingin menjemput anda semua yang sedang membaca entri ini untuk hadir ke Majlis Pelancaran Novel SAYAP-SAYAP TANAREBT: MENJEJAK SANG PENAKLUK DARATAN yang akan berlangsung pada hari Ahad ini, 13 Mei 2012, bermula dari jam 11 pagi sehingga 12 tengah hari, bertempat di MPH Bookstore, One Utama Shopping Mall (New Wing).



Sesungguhnya kami, penulis dan penerbit novel ini amat-amat menghargai kehadiran anda semua. Ahli keluarga, sahabat, rakan taulan, pelajar-pelajar & para pembaca S2T sekalian, andalah tetamu istimewa kami pada hari yang penuh bermakna ini.

Kepada adik-adik yang berminat untuk menyertai Pertandingan Sayap Seni Penulis Muda dan guru-guru yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang peraduan menulis ini, gunakanlah kesempatan ini untuk bertemu dengan penulis demi mengenali Ryde Damadi dan dunia 'Tanarebt'nya dengan lebih mendalam lagi.

Semoga kita bertemu nanti!


Dear friends,
You are cordially invited to attend the Launching of SAYAP-SAYAP TANAREBT novel by Ismail MJ on Sunday, May 13th, 2012 from 11 a.m. to 12 p.m. MPH Bookstore, One Utama (New Wing)
See you there!

No comments:

Post a Comment