Thursday 28 March 2013

Pertandingan Sayap Seni Penulis Muda 2012 - Dan pemenangnya ialah...

Pencarian pemenang untuk Pertandingan Sayap Seni Penulis Muda 1 (PSSPM1) telah pun tiba ke kemuncaknya. Karya pemenang telah dikenal pasti, pemenang telah pun dihubungi dan kini hanya menunggu masa yang sesuai untuk diumumkan kepada semua...



Secara asasnya, penganjuran pertandingan menulis novel ini telah pun mencapai matlamat iaitu untuk mengesan bakat-bakat baru dalam bidang penulisan di Malaysia. InSyaAllah, jika tiada aral melintang, impian pemenang untuk bergelar penulis novel akan menjadi kenyataan tidak lama dengan penerbitan hasil karya beliau bagi pasaran komersial.

Berikut ingin dikongsikan beberapa sebab karya pemenang telah diangkat sebagai Pemenang Utama PSSPM1.

1. Pemenang benar-benar mengkaji Dunia Tanarebt. Latar belakang Lembangan Anyaman Teratai diterangkan secara terperinci dan corak serta gaya hidup Warga Meaburi juga diceritakan dengan tepat.

2. Cara penceritaan yang menarik. Perkataan dan ayat yang digunakan ringkas, sesuai dengan sasaran pembaca - junior readers.

3. Jalan cerita yang agak menarik (tapi masih boleh diperbaiki).

4. Menepati syarat-syarat pertandingan yang lain. Sebagai contohnya; jumlah perkataan yang tepat (lebih kurang 10,000 perkataan).


Dan berikut pula dikongsikan sebab-sebab mengapa karya yang lain TIDAK dipilih sebagai pemenang:

1. Jalan cerita yang kurang original. Terdapat terlalu banyak pengaruh novel atau filem yang sedang popular sekarang seperti Twilight, The Hobbits, etc.

2. Ciri-ciri latar yang tidak tepat. Sebagai contohnya, terdapat dusun buah-buahan dan ladang bunga di Lembangan Anyaman Teratai.

3. Pemilihan nama-nama watak dan kejadian yang terlalu sama / hampir dengan watak dan kejadian dalam novel Sayap-Sayap Tanarebt.

4. Kandungan cerita yang kurang sesuai dan terlalu berat untuk sasaran pembaca - junior readers. Contohnya: sekumpulan pontianak yang meminum darah seorang anak gadis.

5. Jumlah perkataan yang terlalu banyak. Tidak sesuai untuk diterbitkan bagi segmen novel junior readers.


Walaubagaimanapun, usaha yang ditunjukkan oleh setiap peserta sememangnya begitu mengagumkan. Diharap, mereka yang tidak diangkat sebagai pemenang tidak akan berputus asa. Teruskan mengarang, perbaiki karya anda dan mungkin andalah bakal pemenang untuk PSSPM seterusnya...


Pihak kami sedang mengatur Majlis Penyampaian Hadiah untuk pemenang... Berkemungkinan besar, di sekolah pemenang itu sendiri...

Gambar sekolah pemenang... Cer teka, sekolah apa? 


Jadi, tunggu berita selanjutnya daripada kami!

No comments:

Post a Comment