Sunday 14 July 2013

BICARA BUKU - Program Jelajah Sekolah!

Secebis pengalaman yang penulis kutip ber'Bicara Buku' dengan LIMA (5) buah sekolah yang pertama...


SAM Sultan Hisamuddin, Sg. Bertih, Klang
Segalanya bermula di sini. Peluang yang diberi oleh pihak sekolah untuk 'berbicara buku' dengan 700++ pelajarnya telah membuka jalan dan meyakinkan penulis bahawa inilah KERJA yang perlu dilakukan untuk membawa karya ini kepada khalayak pembaca yang lebih meluas. Sebagai yang pertama, banyak yang dicuba dan banyak juga yang tak kena. Belajar daripada pengalaman, aturcara program diperkemas dan hasilnya - Bicara Buku yang lebih santai, informatif dan 2-hala, menghiburkan untuk semua :)


SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2, Shah Alam
Penulis mengenali sekolah ini sebagai sekolah rugbi namun tak tahulah berapa orang pemain rugbi daripada 70++ pelajar yang telah datang ke program kami. Sebuah pengalaman yang menarik dan berbeza daripada yang pertama. Keseronokan yang dikongsi bersama pelajar meyakinkan pihak guru untuk menjemput kami sekali lagi pada hujung minggu itu. Bukan Bicara Buku tapi untuk membuka gerai sempena dengan kemuncak Minggu Bahasa mereka.


SMK Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Kali ini, program khas untuk pelajar-pelajar sekolah yang aktif terlibat dalam Program Nilam. Berbeza dengan sekolah-sekolah sebelum ini, khalayaknya lebih majmuk dengan kepelbagaian kaum yang ada di dalamnya. Mengendalikan Program Bicara Buku untuk 50++ pelajar yang kesemuanya minat buku (ada yang sudah membaca beratus-ratus buah buku) - sudah tentu anda boleh menjangka hasilnya.


SMK Seksyen 11, Shah Alam
Safiq Rahim, Mahali Jasuli & Nazmi Faiz adalah antara nama-nama besar yang pernah bersekolah di sini. Menyedari potensi masa depan pelajar-pelajar sekolah projek sukan ini, penulis berasa teruja dengan kemungkinan untuk bertemu dengan hero-hero masa depan Malaysia. Mengendalikan 400++ pelajar aktif dalam sebuah dewan besar, suatu pengalaman yang mengujakan lagi mencabar mental & fizikal. Seandainya mendapat jemputan daripada sekolah sukan lagi selepas ini, penulis akan berjogging seminggu dulu demi menguatkan stamina badan :p


SMK Seksyen 7, Shah Alam
Puasa & Bicara Buku bukanlah pasangan yang ideal tapi menyedari yang ini adalah KERJA, penulis redah jua. Khalayaknya tidak ramai tapi itu tidak menjadi masalah kerana sekurang-kurangnya, 30++ individu lagi kini mengenali Ryde & rakan-rakan. Program yang disusun oleh pihak sekolah untuk mengisi waktu pelajar-pelajar setia yang hadir pada hari Sabtu sekolah ganti ini, penulis anggap berjaya mencapai maksudnya. Teringat lagi kata-kata cikgunya selepas habis program - "Mereka ni sebenarnya kena paksa tapi tengok mereka ceria dan bersemangat selepas program, saya rasa mereka benar-benar enjoy sesi bersama dengan encik."


Hehe, setiap sekolah memberikan pengalaman yang berbeza. Penulis benar-benar enjoy dapat meluangkan masa dengan pelajar-pelajar ini. Bukan kerana sekadar dapat berkongsi kisah Ryde dan rakan-rakan, tetapi juga dapat mengenali kepelbagaian watak yang mampu memberikan ilham untuk karya-karya penulis seterusnya :)

Kepada LIMA (5) buah sekolah yang pertama -TERIMA KASIH!



Sekiranya berminat menjemput penulis untuk ber'Bicara Buku' di sekolah anda, sila hubungi 013-3949787 atau email di sayaptulis@gmail.com.

Ringkasan Aturcara Program
45 minit - Perkongsian Penulis - Tajuk 'Berani untuk Berbeza / Dare to Be Different'
15 minit - Sesi soal-jawab
15 minit - Pertandingan Sayap Seni Penulis Muda 2
30 minit - Games untuk individu & berkumpulan
15 minit - Sesi bersama Penulis 

(Aturcara boleh diubah mengikut kesesuaian pihak sekolah). 

No comments:

Post a Comment